Menu
Mauricio_Isla Kerjaya kelabIsla bermain untuk akademi Universidad Católica pada 1999 di posisi penyerang. Walau bagaimanapun, disebabkan ketinggiannya beliau diubah posisi ke pertahanan.
Isla bermain dengan baik pada aksi Piala Dunia B-20 FIFA 2007 di Kanada dan ditandatangani oleh Udinese dengan kontrak lima tahun. Isla membuat debut pada 19 Disember 2007 menentang Palermo pada Coppa Italia. Pada 8 Mac 2008, Isla bermain pada perlawanan pertama menetang Palermo, seri 1-1. Beliau dibenarkan bermain di posisi sayap kanan pada formasi 3–5–2 pada kempen Serie A 2010-11 ketika Dušan Basta mengalami kecederaan. Pada musim itu, beliau membantu Udinese di tempat keempat dan berjaya layak ke pusingan play-off Liga Juara-Juara musim hadapan.
Pada 15 Jun 2012, Juventus mengumumkan bahawa Isla telah melepasi ujian kesihatan dan sertai kelab itu ketika bermulanya musim 2012-13. Ketika perpindahannya ke Juventus, Isla berkata impiannya menjadi bernar apabila dapat bertemu dengan rakan senegara, Arturo Vidal.
Pada 6 Ogos 2014, Isla dipinjam ke kelab Queens Park Rangers (QPR) untuk musim 2014-15 dengan bayaran yang dilaporkan 8 juta euro. Isla juga bertemu rakan rapatnya di Chile, Eduardo Vargas. Beliau membuat debut menentang untuk QPR menentang Tottenham Hotspur.
Menu
Mauricio_Isla Kerjaya kelabBerkaitan
Mauritius Mauritania Maurice Maeterlinck Maurice Leblanc Maurice Gibb Maurice Bucaille Maurice Allais Maurice Wilkins Maurice Sarrail Mauricio IslaRujukan
WikiPedia: Mauricio_Isla http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.gazzetta.it/speciali/risultati_classifi...